Tuesday, 9 February 2016

Happy Chinese New Year!

Salam semua..

Hari ni hari Rabu bersamaan 10hb Feb. Hari pertama berkerja setelah bercuti 4 hari sempena Cuti Tahun Baru Cina. Memang mood kerja xde la kan sebab orang lain masih lg bercuti. Cuti kali ni x berapa memberangsangkan. Hanya duduk di kampung suami tanpa ke mana2 destinasi. Of coz kecewa! Hanya mandi di sungai belakang rumah jela yg boleh menghiburkan hati.

Bukan x suka bercuti di rumah mertua tapi perasaan bercuti di kampung family sendiri dengan family mertua ni lain sikit feel nya. Kalau dengan mak sendiri, x perlu la nak rajin lebih kan. Especially bab memasak! Kalau di rumah mak mertua, nak x nak kenala jugak masuk dapur. Kan nak kena bagi makan anak dia. Nanti kata x reti jaga perut suami plak. Tu lah adab berumah tangga. Tak perlu terlebih adab dan jgn plak terkurang adab. Eh....

Isu mertua dengan menantu ni dari dulu lagi da ada. Kita sebagai yg lebih muda, kena la menghormati yg lebih tua. Bukan setakat mertua, malahan sesiapa yg lebih tua dari kita termasuk la ipar duai kita. Masuk tahun baru ni memang mama Raisha berazam xnak kecilkan hati sesiapa especially dengan keluarga sebelah suami. Bukan bermaksud sebelum ni mama Raisha terlebih atau terkurang adab dengan diorang, tapi melihatkan pengalaman orang lain yg mengajar kita erti adab berumah tangga & adab kekeluargaan. Lagipun tahun 2016 ni da masuk tahun keempat mama Raisha berumah tangga. Sedikit sebanyak da tahu cara berkomunikasi dengan mereka. Jangan samakan orang lain dengan family kita sendiri. Tak semua orang boleh tahan dengan gurau senda kita. Kadang2 rasa hipokrit pun ada. Tapi lebih baik la kita hanya tonjolkan sisi baik kita saja pada orang. Pabila orang da nampak sisi buruk kita, sampai mati la tanggapan mereka hanya yg buruk saja pada kita.

Raisha da mula ingat kampung suami sebab baru 2 minggu lepas balik kampung. Lepas ni xtahu la bila lagi akan balik kampung. Harap2 Raisha x lupa la kat tok mah dia. Hehe.. Pagi ni masa hantar Raisha ke rumah nenek, dia masih lagi tido. Mesti dia bangun ni dia seronok & pelik sebab da ada kat rumah nenek dia. Kebetulan suami keje standby kat umah hari ni. Kalau x de kerja, nanti dia akan ambil Raisha lebh awal dari biasa.

Panjang plak entry kali ni. Sampai jumpa lagi. Ok, Bye!

No comments:

Post a Comment