Tuesday 5 April 2016

First time nak gi holiday over the sea~~~

Hi all..

Penah tak korang bercuti oversea? Ofcos la penah kot sebab trend sekarang ramai yang dok ulang2 bercuti ke oversea. Mama Raisha pun teringin jugak bawak Raisha pergi bercuti. Ni first time kot. Kot2 la ada yang first timer macam mama Riasha ni, korang boleh la ikut tips2 mama Raisha ni. Alah, kalau korang Google pun da melambak keluar tips2 dari yang da berpengalaman.

Cadang2nya mama Raisha nak bwk 1 family pergi bercuti bulan May nanti. Bercuti kat mana? Bandung! Dari bulan March lg da review blog2 orang yg da pernah pergi sana. Cari tips2 nak ke sana la, cari hotel yg murah dan selesa la, cari tour guide la & macam2 yg mama Raisha review. Penat dik non......

Hari ni dapat 1 lg tips bercuti ke luar negara dari Travel log sedara ni. Macam2 negara dia penah pergi. Kagum sekejap! Selain dari tu, ofcos la mama Raisha cari tips bercuti ke Bandung tu. Contohnya macam blog Hazanis ni. Memang berguna betul la. Sambil2 tu mama Raisha riki2 la tempat mana yang mereka da lawati di sana. Almaklumlah, ni first time nak jejak kaki kat sana. Tak tahu hala tuju. Masa tgh riki2 tu, terfikir plak daripada susah2 cari sendiri lebih baik ambil tour guide terus. Tapi tapi tapi... Kebanyakkan tour guide start dari Bandung sana. Means tak termasuk flight tiket. Macam2 mama Raisha fikir. Betul ke tour guide ni? Camne cara nak bayar mereka? Tak kena tipu ke? Adoi.. pening! Tawakkal jela. Mama Raisha cari pakej ke Bandung kat fb. Macam2 pakej ada. Pastu mama Raisha email satu2 tour guide yang mama Raisha jumpa sebab nak compare harga.

Bila da jumpa tour guide yang dikehendaki, seterusnya nak fikir pasal flight tiket. Punyalah payah dok la ulang2 tengok website Air Asia la, Malindo Air la sebab nak tengok harga tiket. Lepas tau dari Travel log sedara tu yang kita bole tengok flight tiket price dari website Skyscanner ni, baru la lega sikit pening tu. Tak yah nak pergi satu2 website nak compare harga.

Next step, draft plan dari Malaysia sampai la ke Bandung. Tu mama Raisha cerita next ok. Semoga dipermudahkan, Amin........

Regards,
Mama Raisha.

Friday 12 February 2016

Happy Chinese New Year Part 2

Salam u'olls..

Apa yang boleh membuatkan kita teringat bila datangnya perayaan Chinese New Year? Ofcos buah limau mandarin! Kalau masa bukan perayaan memang takkan jumpa punya. Ada tu ada tp tak macam masa perayaan. Siap pokok buah limau yg kecik2 tu pun byk jual kat kedai2 bunga. Berkotak2 buah limau office kami dapat dari supplier. Fuhh.. Kali ni Raisha dibenarkan makan buah limau. Suka plak tu dia. Siap mama bawak balik sekotak untuk Raisha makan. Nasib baik bos memang bg sekotak. Kalau tak, terpaksa la berebut dengan staff yg lain kalau nak bawak balik.

Siap ada note lg. Thanks bos!

Selain dari buah limau mandarin, baju perayaan diorang pun byk jual kat mall & kebanyakkannya meeraaahh je. Tu kaler ong la katanya. Tapi memang kalau pakai baju merah rasa meriah. Kebanyakkan manusia ambil cuti seminggu. Ofcos, seminggu ni clear jalan raya. Tapi mama Raisha tak terasa sangat bab jem ke tak ni sebab jalan yang mama Raisha selalu lau memang tak jem pun. Hehehe. Ok lah, nak sambung makan buah limau lagi. Selagi tak habis kat pantry office ni, selagi tu kita boleh makan lagi. Ok, Bye!

Tuesday 9 February 2016

Happy Chinese New Year!

Salam semua..

Hari ni hari Rabu bersamaan 10hb Feb. Hari pertama berkerja setelah bercuti 4 hari sempena Cuti Tahun Baru Cina. Memang mood kerja xde la kan sebab orang lain masih lg bercuti. Cuti kali ni x berapa memberangsangkan. Hanya duduk di kampung suami tanpa ke mana2 destinasi. Of coz kecewa! Hanya mandi di sungai belakang rumah jela yg boleh menghiburkan hati.

Bukan x suka bercuti di rumah mertua tapi perasaan bercuti di kampung family sendiri dengan family mertua ni lain sikit feel nya. Kalau dengan mak sendiri, x perlu la nak rajin lebih kan. Especially bab memasak! Kalau di rumah mak mertua, nak x nak kenala jugak masuk dapur. Kan nak kena bagi makan anak dia. Nanti kata x reti jaga perut suami plak. Tu lah adab berumah tangga. Tak perlu terlebih adab dan jgn plak terkurang adab. Eh....

Isu mertua dengan menantu ni dari dulu lagi da ada. Kita sebagai yg lebih muda, kena la menghormati yg lebih tua. Bukan setakat mertua, malahan sesiapa yg lebih tua dari kita termasuk la ipar duai kita. Masuk tahun baru ni memang mama Raisha berazam xnak kecilkan hati sesiapa especially dengan keluarga sebelah suami. Bukan bermaksud sebelum ni mama Raisha terlebih atau terkurang adab dengan diorang, tapi melihatkan pengalaman orang lain yg mengajar kita erti adab berumah tangga & adab kekeluargaan. Lagipun tahun 2016 ni da masuk tahun keempat mama Raisha berumah tangga. Sedikit sebanyak da tahu cara berkomunikasi dengan mereka. Jangan samakan orang lain dengan family kita sendiri. Tak semua orang boleh tahan dengan gurau senda kita. Kadang2 rasa hipokrit pun ada. Tapi lebih baik la kita hanya tonjolkan sisi baik kita saja pada orang. Pabila orang da nampak sisi buruk kita, sampai mati la tanggapan mereka hanya yg buruk saja pada kita.

Raisha da mula ingat kampung suami sebab baru 2 minggu lepas balik kampung. Lepas ni xtahu la bila lagi akan balik kampung. Harap2 Raisha x lupa la kat tok mah dia. Hehe.. Pagi ni masa hantar Raisha ke rumah nenek, dia masih lagi tido. Mesti dia bangun ni dia seronok & pelik sebab da ada kat rumah nenek dia. Kebetulan suami keje standby kat umah hari ni. Kalau x de kerja, nanti dia akan ambil Raisha lebh awal dari biasa.

Panjang plak entry kali ni. Sampai jumpa lagi. Ok, Bye!

Monday 18 January 2016

Steamboat Al Fateh

Semalam mama pergi makan2 kat Steamboat Al Fateh kat Kg Jawa, Klang. Gi makan2 dengan officemate sebab ada yang belanja kami. Mama pun bawa Raisha. Nasib baik Raisha duduk & makan elok2. So next time boleh la bawa Raisha makan2 lagi.


Ni harga2 nya. Antara sebab lain mama bawak Raisha gi makan sini sebab untuk Raisha freeee... hehe. Raisha makan macam2. Makan nasi lemak, kuey teow goreng, nasi goreng, nugget & wedges, ice cream dan ada hati nak rasa kuah tom yam steamboat tu. Nasib baik tak pedas sangat.



Macam ni la keadaan kat kedai steamboat tu. Open air. Kebetulan plak masa dah nak balik tu, hujan melanda plak. Nasib baik takde bocor mana2. Cuma pada yang makan kat bawah khemah tu, agak payah la bila terkena tempias hujan. Rata2 mereka kata sedap sangat makan kat situ. Tapi bagi mama biasa je. Yang menariknya boleh makan macam2 sampai lebam. Sapa yang kuat makan untung la. Mana2 yang kurang/cepat kenyang tu, macam tak berbaloi je. Tapi dah benda free kan, telan jela. Orang pun ramai walaupun pada hari ahad malam. Agaknya orang Malaysia suka makan steamboat kot. Atau maybe nak ubah selera. Lain kali kita boleh la bawa papa plak. Mesti papa suka kuah sup tu. Papehal pun mama lagi suka makan steamboat kat Ikea tu. hehe.. Ok lah, Bye.


Friday 15 January 2016

Loosing Mentor

Hari ni mama dapat berita paling tak happy skali sepanjang 15 hari berada dalam tahun 2016. I lost my mentor. She decided to go somewhere else & tak nak kerja bersama kami lagi coz she unable to see bright future with this company anymore. Apa yang patut mama buat? Stand together with the rest or leave them? Dalam kegawatan ekonomi ni, bukan senang nak cari kerja baru. Eh, senang je tapi adakah bersesuaian dengan kita? Adakah gaji yg diberikan memuaskan hati kita? Adakah kita akan selesa berada di tempat baru? Banyak persoalan bermain di fikiran mama. Barusan semalam mama fikir pasal masa depan Raisha. Tetiba hari ni jadi macam ni pulak. Mama jadi down sekejap.

Kawan mama pun rasa nak leave Malaysia je & kerja oversea. Dia ajak mama. Oh, tidak!! Tak kan mama nak tinggalkan family kesayangan mama. Mama tak sanggup! Mama pun tak tahu kawan2 yang lain akan down tak bila dengar our mentor nak pergi tinggalkan kami. Of course la memasing cari kerja lain untuk selamatkan diri.

Mama percaya, mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Harap2 semuanya akan berakhir dengan baik. Amin....

Wednesday 13 January 2016

Azam mama

2015 gave a lot of things to me & my family. Alhamdulillah, syukur! Now 2016 menjengah. Raisha will turn to 2 years old. Nak adik? haha. Not yet sayang. Kalau dah rezki, InsyaAllah akan dipertanggungjawabkan. Zaman kan da moden. Selagi boleh tapis, kita tapis dulu. Raisha perlu membesar dengan sihat & bijak. Tak nak nanti x cukup kasih sayang mama & papa nak bagikan.

Tak macam tahun2 yg sudah, mama x pernah berazam nak build/create apa2. Tapi tahun ni, mama berazam nak kumpul duit untuk pembelajaran Raisha. Nak kumpul duit kat SSPN kekdahnya. Takut nanti Raisha tak boleh nak sambung study mana without saving in SSPN. InsyaAllah, semoga Engkau permudahkan. Amin!

Sepanjang tahun lepas, mama jarang belikan baju2 Raisha. Bukan kedekut sayang tapi hanya baju baru/baju jalan je yg mama dah belikan. Baju tidur & baju harian Raisha semua muat lagi beli dari Raisha belum keluar dari perut mama lagi. Semua mama beli saiz besar sebab Raisha kan cepat membesar. This year, we have to buy new cloths for you. Sebab Raisha kan da besar, banyak baju yg da x muat da.

Tahun ni jugak mama akan bawak Raisha pergi travel. Tahun lepas mama x sempat nak bawak Raisha travel sebab kedudukan kewangan yg genting menyekat kemahuan kita 1 family.

Tu lah antara azam mama tahun ni untuk Raisha. Tak banyak pun tp kalau dapat penuhi, memang mama ohsem la kan. Nape papa tak ada dalam ini cerita ye? Sebab ini mama punya blog. Kalau papa nak masuk dalam ini cerita suruh papa buat blog sendiri ok. Hahaha..

Bye sayang.
Mmuahh..