Friday, 12 February 2016

Happy Chinese New Year Part 2

Salam u'olls..

Apa yang boleh membuatkan kita teringat bila datangnya perayaan Chinese New Year? Ofcos buah limau mandarin! Kalau masa bukan perayaan memang takkan jumpa punya. Ada tu ada tp tak macam masa perayaan. Siap pokok buah limau yg kecik2 tu pun byk jual kat kedai2 bunga. Berkotak2 buah limau office kami dapat dari supplier. Fuhh.. Kali ni Raisha dibenarkan makan buah limau. Suka plak tu dia. Siap mama bawak balik sekotak untuk Raisha makan. Nasib baik bos memang bg sekotak. Kalau tak, terpaksa la berebut dengan staff yg lain kalau nak bawak balik.

Siap ada note lg. Thanks bos!

Selain dari buah limau mandarin, baju perayaan diorang pun byk jual kat mall & kebanyakkannya meeraaahh je. Tu kaler ong la katanya. Tapi memang kalau pakai baju merah rasa meriah. Kebanyakkan manusia ambil cuti seminggu. Ofcos, seminggu ni clear jalan raya. Tapi mama Raisha tak terasa sangat bab jem ke tak ni sebab jalan yang mama Raisha selalu lau memang tak jem pun. Hehehe. Ok lah, nak sambung makan buah limau lagi. Selagi tak habis kat pantry office ni, selagi tu kita boleh makan lagi. Ok, Bye!

Tuesday, 9 February 2016

Happy Chinese New Year!

Salam semua..

Hari ni hari Rabu bersamaan 10hb Feb. Hari pertama berkerja setelah bercuti 4 hari sempena Cuti Tahun Baru Cina. Memang mood kerja xde la kan sebab orang lain masih lg bercuti. Cuti kali ni x berapa memberangsangkan. Hanya duduk di kampung suami tanpa ke mana2 destinasi. Of coz kecewa! Hanya mandi di sungai belakang rumah jela yg boleh menghiburkan hati.

Bukan x suka bercuti di rumah mertua tapi perasaan bercuti di kampung family sendiri dengan family mertua ni lain sikit feel nya. Kalau dengan mak sendiri, x perlu la nak rajin lebih kan. Especially bab memasak! Kalau di rumah mak mertua, nak x nak kenala jugak masuk dapur. Kan nak kena bagi makan anak dia. Nanti kata x reti jaga perut suami plak. Tu lah adab berumah tangga. Tak perlu terlebih adab dan jgn plak terkurang adab. Eh....

Isu mertua dengan menantu ni dari dulu lagi da ada. Kita sebagai yg lebih muda, kena la menghormati yg lebih tua. Bukan setakat mertua, malahan sesiapa yg lebih tua dari kita termasuk la ipar duai kita. Masuk tahun baru ni memang mama Raisha berazam xnak kecilkan hati sesiapa especially dengan keluarga sebelah suami. Bukan bermaksud sebelum ni mama Raisha terlebih atau terkurang adab dengan diorang, tapi melihatkan pengalaman orang lain yg mengajar kita erti adab berumah tangga & adab kekeluargaan. Lagipun tahun 2016 ni da masuk tahun keempat mama Raisha berumah tangga. Sedikit sebanyak da tahu cara berkomunikasi dengan mereka. Jangan samakan orang lain dengan family kita sendiri. Tak semua orang boleh tahan dengan gurau senda kita. Kadang2 rasa hipokrit pun ada. Tapi lebih baik la kita hanya tonjolkan sisi baik kita saja pada orang. Pabila orang da nampak sisi buruk kita, sampai mati la tanggapan mereka hanya yg buruk saja pada kita.

Raisha da mula ingat kampung suami sebab baru 2 minggu lepas balik kampung. Lepas ni xtahu la bila lagi akan balik kampung. Harap2 Raisha x lupa la kat tok mah dia. Hehe.. Pagi ni masa hantar Raisha ke rumah nenek, dia masih lagi tido. Mesti dia bangun ni dia seronok & pelik sebab da ada kat rumah nenek dia. Kebetulan suami keje standby kat umah hari ni. Kalau x de kerja, nanti dia akan ambil Raisha lebh awal dari biasa.

Panjang plak entry kali ni. Sampai jumpa lagi. Ok, Bye!